Saturday, 9 November 2013

prk sungai limau : senjata makan tuan

calun bn sungai limau

tpm
 beberapa hari selepas prk sungai limau, aku menapak kesana untuk melihat kesan-kesan kemeriahan yang ditinggalkan olih tetamu-tetamu yang tak diundang, bertandang untuk merobek keheningan kampung, demi untuk memenangi hati rakyat sungai limau.
apa yang ku lihat bendera bn masih megah berkibar sedangkan bendera pas sudah tiada. mungkin bn masih lagi meraikan kemenangan mereka, menang dalam kalah.
beberapa jam aku di sana, aku sempat bertamu dengan beberapa orang kuat umno, pas, masyarakat cina dan orang-orang atas pagar. dari pertemuan itu aku dapat rumuskan ada empat faktor utama yang menyebabkan kecundangnya bn.
1. calun
mengikut beberapa orang kuat umno, termasuk beberapa ketua cawangan, calun itu bukanlah yang dicadangkan mereka. mereka mencadangkan bekas calun yang lepas kerana beliau anak tempatan dan telah pun terkenal. tetapi olih kerana beliau tidak disenangi olih ketua bahagian kerana mencabarnya, maka ketua bahagian berdendam dan akan membonzaikan beliau. ketua bahagian telah membawa calun ini bertemu pm dan mendapat restu pm.
menagkap itik
2. terlajak cakap
tpm dalam keghairahan menerangkan kenaikan harga gula telah menghina allahyarham. mungkin mereka menganggap perkara ini kecil tetapi ia telah mengguris hati banyak orang pas yang dijangka akan memberi undi simpati kepada bn.
keadaan ini diburukkan lagi dengan peristiwa menggantung kaki. walaupun tidak diketahui siapa yang membuatnya, tetapi tpm tetap dipersalahkan kerana memulakan topik ini.
3. perlambakkan artis
sungai limau adalah tempat lahirnya ulama-ulama. banyak terdapat sekolah-sekolah agama dan pondok-pondok. perlambakan artis-artis yang kebanyakkanya sudah 'ranum' dan aktiviti-aktiviti lagha, hendoisma, telah membuah kebencian dalam jiwa mereka. di satu sudut kerajaan menyeru kepada wasathiyyah, sedangkan realiti adalah sebaliknya.
4. janji
tv3 melapurkan hampir 90% menteri dan timbalan menteri turun berkempen. dan hampir semua menteri membuat janji. ada janji-janji yang dibuat ini bercanggah dengan menteri yang lain. kalau dinilai pada janji-janji itu, maka, sungai limau akan jadi sehebat putrajaya.
orang-orang sungai limau sekarang bukan lagi seperti dua puluh tahun dulu. mereka sudah berada di tahap selesa. tetapi keselesaan mereka telah dirompak dengan kenaikan harga barang, gst, tahap keamanan yang membimbangkan. untuk mengekalkan tahap selesa mereka, mereka hanya minta subsidi padi dinaikkan. kalau ini dijanjikan, mungkin pengundi akan berfikir banyak kali, dan mungkin banyak yang berhijrah.

namun, dengan angin-angin syurga yang ditiupkan olih bn, ada juga ulama-ulama yang kecundang, tersembam ditiup angin itu. tergadai maruah diri.

sungai limau
ahad
11/10/2013

No comments:

Post a Comment