sebenarnya sesiapa pun bolih menjadi presiden dan timbalan presiden
atau apa jua jawatan dalam pas. yang penting mereka harus mampu menjunjung jiwa pas seperti yang termaktub dalam perlembagaan pas. tetapi olih kerana pas adalah parti Islam, maka presiden moleklah mereka yang punyai latarbelakang agama kerana beliaulah yang akan berhujah dari kacamata Islam. olih itu beliau mesti pakar dari semua sudut Islam. manakala orang nombor dua harus merupakan seorang general yang mampu untuk berperang.
hari ini pas telah maju ke hadapan. jauh meninggal gerombolan-gerombolan lain. perjuangan pas jauh lebih hebat dari umno.orang-orang bukan Islam telah mula jatuh cinta dengan pas. mengapa? kerana pas menegakkan panji-panji Islam dan orang bukan Islam mula mencintai pas dan kemudian Islam. siapakah yang meletakkan pas di tahap ini. ahli-ahli dan pimpinan pas, dengan izin Allah.
namun kejaguhan pas telah menyebabkan umno iri hati, meroyan. digunakan berbagai-bagai cara untuk menjatuhkan pas. mula-mula melamar. pas tolak. pujuk rayu tolak juga. cucuk sana cucuk cucuk sini. lagakan pas dengan teman seperjuangan dengan harapan pas akan melatah. dan telah nampak bunga-bunga latah dari pas.
satu peringatan untuk pas. pas umpama sebuah bahtera yang telah menjadi kukuh kerana sokongan-sokongan dari "structures" yang mantap. seluruh lautan tidak akan dapat menenggelamkan kapal itu kecuali kita benarkan air masuk ke dalamnya. jika ini berlaku, titanik yang gagah pun berkubur di dasar laut.inilah di antara wajah-wajah makhluk perosak yang giat memukul gendang rentak umno dan menggamit pas untuk bersilat rentak umno konon untuk perpaduan melayu dan islam. sedangkan apa yang pas perjuangkan kini ialah perpaduan dan kesejahteraan ummah mengikut landas islam.
memang sukar untuk menembusi kelompok bukan islam kerana mereka tidak ada asas islam, lagi pula, bertentangan dengan pegangan mereka. tetapi lebih sukar untuk menembusi orang melayu kerana mereka punyai banyak ulama yang pandai.
sepanjang perjuangan pas, banyak ahli yang datang dan pergi. yang pergi itu ialah orang melayu berbaju islam tetapi yang tinggal berjuang ialah orang islam berbaju melayu. justeru, ke mana hala tuju pas, tepuklah dada tanya selera. ingat, kapal titanic yang gagah pun bolih hancur kalau dibenarkan elemen luar masuk kedalam.
![]() |
| tenggelamnya kapal titanic |




